Bangkok - Kanchanaburi, The Death Railway & Bridge on River Kwai

Sebelumnya di : Part 2.

* *

Malam tu mak ada tanya, apa plan besok? aku cakap nak naik tren Death Railway, nak tengok River Kwai bridge. Mak pun setuju.

Besoknya awal-awal pagi kami bangun. Breakfast ala kadar je kat bilik. Lepas tu naik teksi ke Bangkok Noi/ Thonburi.
credit from Saphai Pae Hostel

Kat sini ada masalah sikit. sebab aku tak buat research sangat, so aku tak pasti stesen mana kami patut berhenti. Aku baca gitu-gitu je kat Seat61 dan buat keputusan untuk turun di Wang Po, kononnya nak lalu Wangpo Viaduct dan terus ke Hellfire Pass. tapi masa tu English aku memang berkarat, aku taktau viaduct tu amende, ingatkan tempat attraction ke apa TT__TT




Sedikit intro pasal Death Railway ni. Sumber dari Seat61.

During World War 2, the Japanese used Allied prisoners of war to build a railway from Thailand to Burma so they could supply their army without the dangers of sending supplies by sea.  Many prisoners died under appalling conditions during its construction, and the line became known as the 'Death Railway'.  It was immortalised in David Lean's 1957 film 'The Bridge on the River Kwai' which centres around one of the line's main engineering feats, the bridge across the Kwae Yai river just north of Kanchanburi.  Although the film was shot in Sri Lanka, the Bridge on the River Kwai really exists, and still carries regular passenger trains from Bangkok as far as Nam Tok.  For anyone interested in 20th century history, a visit to Kanchanaburi and the infamous Death Railway is a must.


tren oldskool


free seating

jakun masing2 naik tren cenggini hiii

makcik2 jual buah & makanan. mula2 taknak beli. lepas tu lapa, beli je buah.
beli jugak nasi tapi makan nasi & telur dia jela.

sedap makcik ni tidur kan

close up lantai tren. wei nampak celah2 tu kot. ngee

pakai kipas je

pintu tak tutup. ada budak siap main bergayut kat sini

Disebabkan tak buat research, maka taktau nak expect apa. Since ni adalah tren lama, so memang perjalanan pun teramat la slow. tapi aku suka naik tren ni. ada bunyi keletak keletuk, ada angin bertiup kat muka. rasa aman je. tapi bila dah lama-lama, bosan jugak la kan, bontot pun dah panas. 

Kemudian kami pun lalu Bridge on the River Kwai.

 

yang ni pulak menghampiri Wampo (Wang Pho) Viaduct

masa ni rasa nak turun kat stesen ni. sebab byk local turun sini & sini cantik!
I mean, banyak benda boleh tengok. 

kami kebulur. brrr


Finally, jam 1 pm akhirnya kami sampai di stesen Wang Pho/Wampo/Wangpo. Mula bergerak dari Thonburi jam 8. Lama kan!! Sampai je sini, kami tanya dulu, tren akan datang balik jam berapa? Kaunter cakap jam 2. Kami tak beli lagi tiket balik. Nanti bila dah bukak kaunter, baru boleh beli. So dalam masa sejam tu, terkedu gak kami taktau nak pegi mana. taktau tempat 1 hal, tak tau sempat tak nak patah balik ke stesen ni pun 1 hal.

So kami pun pusing2 dulu area situ, tengok apa ada.


ada orang jual penkek kelapa! macam kat Krabi tu. 
Bezanya, lepas siap, dia akan masukkan dalam kelapa yang dah habis dikorek isinya.
Campur gula then campur susu pekat. manisss tapi sedap.

So sementara tunggu tren datang balik, kami pun makan2 apa yang patut. Nasib baik ada mart kat situ, so pegi la beli apa stok makanan minuman yang patut. Then amek wudhu' siap2, nanti dalam tren baru solat jama' takhir. Tren delay, jam 2 lebih baru tren sampai. Macam biasa, free seating. Tapi kalini tren penuh, macam ramai makcik2 nak balik bandar balik sebab nak keje. lol. Tren kalini pun seat selesa sikit, ada span. kalau tak, mau belubang agaknya bontot masing2 nak duduk sampai ke malam.

Ni sebenarnya Wangpo Viaduct. bila lalu sini, tren akan jadi over slow.

Kami sampai ke Thonburi semula lebih kurang jam 8 malam. Peh, memang seharian la naik tren saja. Turun je dari stesen, kami cari teksi. Masa ni hampir nak kena scam, ada teksi yang park dekat-dekat stesen tapi taruk rege mahal gila. Bila jalan kat depan sikit, rupanya banyak je teksi. tahan je teksi & mintak dia guna meter, so takde la mahal sangat.

Oh lupa. Malam ni kemuncak pesta Songkran. Jadi macam semalam, kami kena meredah sesak manusia utk balik ke hotel. Masa ni memang sangat sesak. Semuaorang berhimpit rapat-rapat, badan ke badan. Bayangkan, sesak macam tu, kemudian basah dan berkapur. Masa tu aku cuma risaukan mak aku je, takut mak aku pengsan. Pulak tu dah jalan jauh-jauh, ada pulak jalan tutup. so kena pusing mana tah. memang nasib baik beramai-ramai masa tu. ada la sorang tukang ingat jalan, sorang tolong jaga keselamatan etc.

Fuh.


No comments:

Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...