Angkor Wat - Penat Berbasikal

Entry awal bertarikh 25 Oktober 2014.  Untuk cerita lanjut, skrol bawah.

Ni kira officially trip solo aku la. Sebelum ni attempt je pastu ada 'pengikut' ahaha.

Bila trobek Siem Reap/Angkor Wat/Cambodia, memang ada rasa pahit masin sikit. Ikutkan aku takde betul2 nak ke Siem Reap sbb bajet takde dan takde kelulusan parents council. Then ajaibnya 2-2 aku dapat, so teruskan jela plan ke Siem Reap dgn itinerary last minit.

Cita2 aku memang nak redah Angkor Wat naik basikal. Murah beb sewa basikal. $1 sehari. Air pun lg mahal tau. Aku beli air tin kecik+mineral besar $2. Heh. So citenye aku berkayuh la ke Angkor Archeological Park which consists of inter alia Angkor Wat (biggest in the world?), Bayon Wat (famous for the faces), Ta Phrom Wat (tempat Kak Jolie belakon Tomb (or Tom) Raider). Ohoiii aku memang bercita2 tinggi nampaknya bebasikal nak pusing park tu. Tau tak park tu besaaaarrr ya ampunnn.

Aku keluar guesthouse awal, dalam kul 7 macamtu. Ingat nak keluar lagi awal tapi tak berani sbb aku sensorang pompuan, kalau boleh nak elakkan benda2 yg tak selamat terhadap aku (bukan setakat security, tetapi lebih kepada scammers).

Keluar je dari guesthouse, jalan 5 min pastu dah jumpa tempat sewa basikal. Mula sewa 5am sampai 9pm. Aku tanya direction, semua cakap terussss je jgn belok kiri ke kanan ke. Ok cun la tu. Bila mula2 kayuh tu aku rasa happy. Sbb dapat buat 2 benda yg aku nak sangat, tengok Angkor Wat dan berbasikal ke Angkor Wat. Hah nak sangat kan. Hamek.. kayuh punya kayuh, aku rasa dah jauh sgt dah aku kayuh tapi tak sampai2 gak. Aku duk teringat Kak Fatt cakap dia pun kayuh tak sampai2, so aku rasa normal la kot aku pun tak sampai2.

Akhirnya aku jumpa 1 pondok polis. Aku dah hepi sesangat dah, finally my sweat paid off! Lol. Rupanya aku salah entrance! Aku kena pusing balik 5km ke belakang utk beli tiket kat office dia, then datang pondok tu balik. Polis tu ofer naik motor dia. Kau ingat free? Mula dia suruh bayar $3. Aku cakap mahal. Dia turunkan $2, $1 utk petrol pegi booth, lagi $1 utk balik ke pondok dia balik. Aku memang dah hangen betul masa tu. Aku pikir ni sume scam semata. Memang ada niat dah nak rempuh je polis tu tapi macam bodoh pulak buat perangai camtu. Ape guna aku sewa basikal murah2 kalau aku kena byr duit petrol polis tu pulak, ye tak.So dengan Angkor Wat di depan, aku lelambai babai dan buat uturn utk ke booth sebenar.

Dan la hai.. sungguh la 5km. Penat makcik kayuh nak.. dah la lepas tu takde signboard kata mana kaunter dia. Maybe ada tapi dalam bahasa dia? Aku main agak2 je jalan then last2 baru nampak kaunter nya. Sampai je kaunter, memang rasa lega..dan...... PENAT ya rabbi.. aku rasa dah longgar kepala lutut aku masa tu..

Lepas tu aku pun pusing la Angkor Park tu. Perasaan kayuh dia macamana tau?

Angkor Wat 5km
-yeh dah tak jauh!! Kayuh laju2!! Lepas tu dah slow sbb penat.


Then jumpa lagi sign dia,


Angkor Wat 4km

-huk aloh aku kayuh penat2 baru 1km je!!!




*********

Entry kemudian bertarikh 21 Jun 2015 : Updated.


Tarikh: 15 Oktober 2015

The first feeling masa nampak Angkor Wat tu.. fuh memang tak terkata. speechless. It was humongous. Ni baru Angkor Wat ok, the whole Angkor (now called the Park) itself tu lagi la besar. Angkor Park ni dah diberikan anugerah sebagai World Heritage by UNESCO.


ehsan pakcik google. map keseluruhan Archaeological Park.



So cerita pasal Angkor Wat. Aku park basikal aku, kuncikan siap2 dan take mental note basikal aku cemana rupa (yes I always have this problem). then terus menapak ke Angkor Wat sambil tersengih-sengih.


Sumber. klik sini untuk baca. malas nak taip.


Aku bukannya orang seni, tapi kat sini je hampir sejam jugak aku spend masa sebab area dia besar. Perlu diingatkan kalau korang nak kayuh basikal sendiri, sila la bawak cukup air supaya tak dehydrated. Sini panas ya rabbi.

Selesai pusing Angkor Wat, aku ke beberapa temple lain contohnya Bayon Temple yang famous dengan patung muka, Ta Phrom temple dan beberapa temple kecik yang lain. Serius aku tak larat nak berkayuh tengah panas tu so konsep aku banyak touch & go je. untuk orang yg tak paham seni macam aku ni, semuanya aku nampak sama je heheh.

In between temple tu, tetibe kau akan terjumpa macam kampung. masa ni aku dah pelik dah, aku salah jalan ke tak. rupanya memang gitula jalan kat dalam Angkor Park ni. Ada sesekali aku berkayuh sorang-sorang je. lama jugak baru la jumpa orang lain. Seram sejuk je kayuh sensorang (sejuk tu tak la sebenarnya sebab tengah terik gila).

Macam entrance tu, aku buat buat berani behenti kat gate tu dan peratikan kan dalam tu ada apa. gate tu bukan semata-mata gate bodoh-bodoh je tau. dalam tu ada jalan. haa.. ada hidden city kot dalam tu :p
Ta Phrom ni pun ada banyak temple jugak dalamnya. besar. ni la tempat Angelina Jolie shooting dlm cerita Tomb Raider. Ada banyak pokok-pokok yang cuba nak 'menetap' kat temple tu, tapi taktau asal aku takde gambar yang femes2 camni. samada aku yang tak amek sebab nak cepat blah atau....... mungkin aku tak amek hahah. 

ni aku google hewhew.





Dah dekat pukul 11-12 macam tu, aku dah penat ya amat. So aku pun lepak kat The Terrace of Elephants. Bukak pack nasi segera yang aku beli kat 7E, dan lauk Brahims. Aku pun enjoy my brunch. Lega dapat duduk situ sebab sejuk je. Tapi tah dari mana ada 2 mamat ni datang. Mula diorang duk jauh. Makin lama, makin dekat dengan aku. Dorang duk dekat je dengan aku tapi tak buat apa, sembang sama-sama dorang. Aku dah tak sedap hati. Nasib baik, kebetulan ada satu group ramai-ramai lalu kat tempat aku makan. Masa tu aku pun ambik kesempatan cepat-cepat pack barang dan cabut. Taktau la apa dorang nak buat kat aku, melainkan nak mencopet. huhu scary.



Last temple aku lawat ialah Ta Phrom. Masa ni aku jumpa balik Jane, minah Amerika yang jumpa masa cross border semalam. Jane sebenarnya mengajar kat Thailand since mid year 2014. So ada benda yang jadi masa kat immigration semalam, sebab tu kitorang boleh lost each other.



Selesai tour Ta Phrom, aku pun singgah minum air kelapa sejuk. Sekarang baru aku paham kenapa ada orang yang tak kisah air mahal mana pun, sanggup beli jugak. sebab dehydrated gila. wuwu.  Lepastu aku terus kayuh balik guesthouse dan menidurkan diriku sejam dua.

Petangnya, aku keluar dan dinner di satu lagi kedai muslim. masa ni la nak mencuba menu best "Lembu Naik Bukit" nama dia. pekeje situ akan masak depan kita. sebenarnya macam sayur campur then taruk daging je, tapi ada sos spesel ke apa.. memang sedap. 



selesai dinner, aku pulangkan balik basikal dan sempat ke Night Market yang dekat dengan guesthouse. Ada satu lagi night market yang dekat dengan Pub Street tapi aku penat dan malas nak jalan ke sana, on the way balik daripada night market, aku jumpa sorang gadis ni ajak aku naik motor dia. gadis ni rupanya anak Haji Ismail yang semalam aku makan kat kedai dia. 



No comments:

Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...