Sapa to Luang Prabang

Sebelumnya..

Tarikh: 6 Oktober 2014 

Hari ni kami akan ke Dien Bien Phu. Tiket van dah beli semalam kat owner guesthouse. Pagi sebelum bertolak, kami breakfast dulu dan prepare nasi & tuna magic. Then check out. Before check out tu sempat la bergambar jap, dan sempat cari kopi secawan.

depan Guesthouse

Guesthouse selang 2-3 kedai sebelah guesthouse kami.
Ada cafe jugak so kami beli kopi kat sini.
Sini pun ada buat servis ke Luang Prabang direct, takyah tukar di Dien Bien Phu.

Sementara tunggu kopi siap, tiba-tiba van datang. Kelam kabut gak kitorang. Masa naik van tu driver dah bising2 lambat. Haha lantak la.

Perjalanan kami bermula jam 7.30 am, dan akan tiba jam 5.30 pm. Aku dah ready mental dah bab jalan teruk, sebab dapat tau dari BudakLetrik. Sebolehnya try taknak naik bas waktu malam macam dia buat, kot-kot tersangkut tengah jalan time tengah2 malam ke kan. kan ke seram. So dalam van yang kami naik tu, muat-muat je orangnya. ada dalam 7-8 orang dalam van kot, so agak selesa.

Mula-mula perjalanan agak santai. Layan view beb..


Dalam sejam berjalan, ingatkan perjalanan smooth la kan. Lepas tu tetibe van stop kat 1 tempat ni. Workshop! pfftt.. tah hape yang di repair nya. Lama jugak menunggu, dekat sejam lebih. Then sambung jalan balik. Dan bermulalah perjalanan bergoncang kami.

jalan teruk hampir sepanjang jalan. nangis weh

kalau tidur, memang tak perasan jalan apa yg lalu.
sebenarnya kami lalu kat lereng bukit. scary~~

Dah pukul 2-3 pm macam tu, van behenti kat satu tempat ni. Rupanya R&R dorang. Mula kitorang taknak la turun, makan bekal nasi yg kitorang makan dalam van je. Tak lama lepastu ada sorang makcik yg sama-sama naik van dgn kami datang. Dia tanya, kitorang taknak pegi tandas ke. Sebab perjalanan lama lagi, katanya. Terus terharu dan kami pun turun la dari van. Tapi masuk toilet dia memang kau mengucap panjang lerr... Makcik tu senang je nak membuang. Turun je van, makcik ni dgn laki dia terus bekejar ke semak. Hmmm..

R&R

Finally kami sampai gak kat Dien Bien Phu. Turun je dari van, banyak ulat-ulat nak bawak naik teksi la mana la. Kami blur jugak mula-mula apa nak buat, tapi then terus ke kaunter bas. Tanya pasal tiket bas ke Luang Prabang, kot ada terus. Hampa bila orang kaunter cakap takde bas ke Luang Prabang dah petang-petang ni. Yang ada cuma besok pagi. So kena tunggu besok pagi baru boleh beli tiket. Ok then.

So next, mana nak cari tempat tidur?
Mula-mula aku ajak Ipah keluar dulu dari stesen bas. Keluar je dari stesen bas tu, kami ke kiri. Tapi ada pula sorang local ni tegur kami. Mula aku buat bodoh je sebab taknak kena scam. Tapi dia tunjuk-tunjuk depan. Bila aku pandang depan (opposite bus station), baru la ternampak satu guesthouse. Aku pun cakap thanks kat dia, then kitorang terus ke guesthouse yang ditunjukkan.

Sampai je kat kaunter, aku terus tanya harga 1 malam berapa. Ada beberapa harga, then aku mintak dia tunjukkan bilik dulu. Bilik kat level bawah mahal sikit tapi still bawah 10 dollar, tapi aku tanya ada tak yang lagi murah. Dia pun bawak naik level 4, harga VND150k untuk 1 bilik (dalam 7 dolar kot). Ok la kan? bilik not bad. Ada rambu-rambu macam bilik pengantin hahah. Ada wifi, A/C & tv. Lengkap!

Bilik pengantin

Malamnya kami cuba pusing-pusing pekan. Aku ada terbaca, boleh try tukar duit Lao kat kedai emas kat sini berbanding di border. So kami pun pusing-pusing la cari kedai emas. Heh. Bukan takat kedai emas, kedai lain pun semuanya dah tutup! Conclusion: Dien Bien Phu ni pekan mati. 


Tarikh: 7 Oktober 2014

Macam biasa, awal pagi lagi kami dah bangun utk check out. Sebenarnya pegi travel ni lagi penat daripada hari keje biasa. sebabnya bangun awal pagi, seharian berjalan, then tido lewat malam. penat kan? hehehehe. Pagi tu kami buat simple breakfast. Sebenarnya kami memang suka bawak stok-stok makan ni, tak begaduh lapar kot buatnya tak jumpa makanan yg boleh dimakan kan.

So dah check out, kami ke stesen bas. beli tiket bas dan bayar dalam USD. mahal sikit kalau nak convert ke duit dong, tapi malas nak gaduh so beli je. 

Bas tak terus jalan, masih menunggu orang lagi. so kami pun bergambar dulu kat stesen bas. Rupanya kat sini ada dorm jugak! tapi ngeri ya ampun.. 1 katil dalam 10 dollar kot. murah lagi bilik kitorang stay malam tadi. 

bergambar depan van.
belah kanan sekali driver.
no. 2 dari kiri, perempuan, dia ni berapa kali muntah dalam perjalanan.
beg kitorang disimpan atas van.

Akhirnya van mula bergerak. sebelum tu, pakcik driver tu bagi kitorang 1 paket berisi air susu kotak & coklat apa tah. Seronok kitorang dapat benda free, hahah. Dalam van cuma ada kitorang bertiga je, (tolak driver) termasuk perempuan baju coklat kat gambar atas. Van lalu kat kawasan sawah padi. Sebab masa tu masih dikira awal pagi la jugak, kitorang gerak meredah kabus. Tak hujan, cuma kabus terlalu tebal. Majestic sangat aku rasa masa tu.

Dalam sejam lebih lepas tu, driver stop kat satu tempat ni. Check point Vietnam. Kat sini boleh tukar duit ke duit Lao.

sebenarnya aku tengah nak berlakon,
tapi mamat depan tu pandang aku so nampak macam
kitorang tengah bersembang.

depan check point Vietnam

Jalan lagi sikit, then turun lagi. Kali ni check point Laos. Masa ni kena isi borang departure, kena bayar 10 ribu kipp sebagai immigration fee. Mula-mula ada officer ni mintak gambar aku. Dia kata kalau takde, boleh amek gambar kat dalam. Aku dah blur apahal kena amek gambar. Then aku cakap kitorang Malaysian, takyah visa. Baru la dia tersengih-sengih. Nampak sangat scam. Huh!

Lepas setel part immigration, ada sorang mamat ni datang kat kitorang dengan thermometer. Dia tembak kat dahi, tengok kitorang tak demam, then bayar dia 3000 kipp. senang je kan buat duit!! huh.

bayar 3000 kipp as swine flu examination

check point Laos

Ok, pasal jalan dia. peh.. ingatkan Sapa - Dien Bien Phu dah azab. rupanya nak ke Luang Prabang ni lagi azab wei. huhu. bukan takat bergoncang dah, tahap melompat-lompat macam naik roller coaster. hmm sabar jelaa.. sebabnya kitorang lalu kat lereng bukit. pulak tu jalan berbatu bata. setau aku, memang jalan ni je yg ada sebab dorang memang takde hiway.

Then kitorang stop kat first stop. Sempat beli snack & ke jamban. Masa ni ada penumpang lain dah naik.

bergambar dgn makcik ni sebab dia kurus. body cantikk ah makcik!


Then sambung jalan lagi, Memang pasrah je nak tidur dengan van melambung-lambung. View memang cantik, tak dinafikan. Sampai kat satu tempat ni, aku nampak kawasan kampung. Dhaif sangat nampak. Sampaikan Ipah boleh buat ayat, "ni kampung ke muzium?" memang ayat WIN ah, berapa kali dah aku quote ayat dia ni.



Ada dua tiga kali van behenti rehat, tapi semuanya behenti kejap2. Then satu masa, jalan kena blok. Sebab ada tanah runtuh & ada kerja-kerja pengalihan tanah. Sejam lebih jugak menunggu setel, masa ni dah jam 5 petang. Aku memang dah tahap sangap gila masa ni, taktau nak buat apa. Nasib baik bawak stok roti dalam beg, habis la makanan aku lahap.

Dah malam baru kami sampai di Luang Prabang. Aku dapat info dari member BBM, Baizurah, stay dekat-dekat night market sebab ada restoren halal nama Zaini. So bila bas behenti kat stesen bas, aku tanya direction nak ke night market dengan driver. Dia kata kena naik tuktuk. Kitorang pun gerak nak cari tuktuk. Rezeki kami, terus ada tuktuk masa tu. Then ada beberapa farangs/foreigners naik tuktuk sama dengan kami. Dorang ada sembang pasal mana nak stay tapi aku malas nak amek port & malas nak beramah mesra (so me), so bila turun je dari tuktuk sekali lagi aku dgn Ipah blur nak ke mana. hahah. masing-masing main jalan je tak bercakap sebab dah penat, plus berat angkat beg. tah mana-mana kitorang jalan, then Ipah dah boring. Terus dia stop sorang minah yg nampak cam ok utk tanya mana-mana guesthouse yg murah,

Alhamdulillah dapat jumpa minah ni, Baik ya amat. Dia cakap dia pun nak balik hostel & dia pun biasa sesat sebab jalan-jalan kecik gelap. On the way nak ke guesthouse dia, kami terjumpa satu guesthouse. Riki-riki harga & bilik, terus aku dgn Ipah cakap ok. Dah tak larat dan lapar sebenarnya.


Nama dia aku dah lupa - dari Poland.

bilik kami. cool kan? takde TV tp ada wifi, cun sangat dah tu.

So that's it, two days journey from Sapa to Luang Prabang. Penat jgn cakap la. Tapi enjoy! Cuma nak buat lagi tu, tak pasti. Dan takkan buat tu pun, takleh janji jugak. Haha.

Sambung....

1 comment:

Budak Letrik said...

Power ! Geng-geng perempuan dapat tahan azab jalan Laos. Haha

Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...