A Day in Luang Prabang

Sebelumnya....

Masih tarikh yang sama, 8 Oktober 2014.

Pagi tu kami keluar semula lebih kurang jam 10 pagi. Masa tu matahari dah rasa mencanak atas kepala. Keluar dari guesthouse, tujuan pertama kami ialah mencari basikal. cadangnya harini nak pusing-pusing pekan aje.

(1) Cari basikal.
Ok, basikal ada banyak jenis. basikal MTB ada, kalau nak canggih la. atau pilih basikal macam kami, basikal makcik makcik. ada bakul kat depan, ada loceng. tapi seat la hai, leh terasa besinya. sakit pungkuk wei haha. tapi harganya murah je. 2 dolar sehari kalau tak salah aku. ada kena letak deposit sikit, ok la deposit mahal mana pun boleh ambik balik.



(2) Tukar duit.
Lepas naik basikal, ejas ejas keselesaan, kami pun cari money changer. pagi tadi masa merayau macam ada nampak dekat-dekat area guesthouse kami dgn harga yg agak ok. kat sini memang pemakaian duit US Dollar lebih meluas tapi ada jual sesetengah tempat yang terima duit Kipp. Berbanding di Kemboja, duit mereka iaitu duit Riel memang kebanyakan peniaga susah nak terima. Ok lepas tukar duit, kami pun sambung berkayuh.

Kami memang takde arah tujuan. setakat nak pusing pekan je. cuma sekarang kami mahu cari kedai makanan halal. katanya kat Luang Prabang ni ada beberapa kedai makanan halal. Kayuh punya kayuh, kami terjumpa Post Office Luang Prabang. Apa lagi, stop la dan mulakan misi menghantar poskad! Asalnya aku takde la segila dan rajin mana nak hantar poskad kat orang atau diri sendiri. Biasanya konsep aku kalau jumpa, jumpa la. Tapi entah bilanya ke excited an nak menghantar poskad tu makin menjadi jadi. Haha. Aku rasa ni ada kaitan dengan hobi aku masa kecik dulu suka kumpul setem luar negara. Aku ada lagi koleksi setem tu. Haha ok tetiberrr je kan. 

(3) Lao Post Office.
boleh dikatakan kami agak teruja dengan bangunan pos opis ni. haha. puas la bergambar, pastu baru pilih pilih poskad yang cantik. kemudian pikir nak bagi poskad kat sape. masa ni konsep beli je poskad dan setem, hantar dulu 1st batch kat kawan2 yg dah bagi alamat. yg kendian tu tengok nasib sempat tak nak pos 2nd batch pulak. kebetulan harini hari Pos Sedunia, jadi kononnya kami bertuah sebab dapat singgah pos opis ni waktu pagi. Lepas pukul 2, opis ni dah ditutup (kami datang lagi sekali lepas pukul 2 untuk hantar poskad 2nd batch tapi opis dah ditutup). BERTUAH KATA KAU. poskad yang pos masa tu semuanya tak sampai sampai lagi sampai la sekarang. semuanyaaaa ok. ceh kecewa.



(4) Garden Market
Entah apa ke tempat ni. Kami nampak dari luar macam cantik, so masuk. macam ala-ala hotel, siap garden, kemudian ada jual barang-barang sikit. sempat kami bersembang dengan farangs yang ada kat situ - sorang Chinese sorang lagi mana tah. tempatnya cantik, dan paling best dapat la kami berteduh sebab kat luar tu panas terik weh.






(5) Nisha Restaurant (Indian Halal food)
Kebetulan kami nampak sebelum kami terus lagi ke arah pekan Luang Prabang. Mulanya kami skeptikal samada kedai ni halal atau tak, so order vegetarian food. Tapi kemudian owner dia yakinkan kami yg kedai dia halal, dan dia siap offer tempat untuk solat. so kami pun order la daging-daging. makanan dia sedap, tapi tahap spicy dia pehhhh... Indian spicy memang tak sama dengan Malay spicy ok. Berpeluh gak makcik makan ni haa.. 



(6) Balik bilik dan pusing area guesthouse.
Lagi sekali aku nak cakap, panasss terik wehh. masa tu rasa nak balik tidur jeee sebab panas menyebabkan penat terlampau. tapi puas hati la dapat berkayuh kat sini. semua lorong-lorong tikus kami masuk. mana-mana temple yang ada, kami redah jugak masuk dengan basikal. kejap park tepi jalan, bergambar. ada sesekali kami berhenti turun dan cari poskad. masa nak balik ke guesthouse, kami bertemu dengan satu taxi (angkut). Kami tanya samada dia boleh pick up kami di guest house besoknya untuk ke Port Luang Prabang. Kawtim dan harganya lebih murah daripada ambik kat travel agent yg bersepah kat area Luang Prabang ni (pakej termasuk tiket slow boat, dan ada jugak pakej termasuk guesthouse di Pak Beng).

Balik bilik, solat, layan mata lagi sejam. haha. panas weii.. Dalam jam 4 - 5 pm kot, kami pun keluar dari bilik. Kalini tujuan kami nak layan sunset di Mount Phousi.

(7) Mount Phousi temple.
OK here's the tricky part. Kami sebenarnya tinggal di luar pekan Luang Prabang, duk tepi sungai. Pekan Luang Prabang ni berpaksikan Mount Phousi. Kebanyakan farangs tinggal di area ni sebab lebih meriah waktu malam (syukur kami tak duduk sini). So bermula kami berkayuh, memang confuse kat mana Mount Phousi ni. Sempat kami singgah di Nisha Restaurant, tanya direction. (sempat jugak order roti naan bungkus haha tapi to be picked up bila balik nanti). sampai kat area Mount Phousi tu, kami masih jugak tak jumpa jumpa mana temple nya. Kebetulan ada map kat tepi jalan, kami pun berhenti nak baca map. Tetibe ada farangs depan kami duk bergaduh. Tiberr je ko berdrama kan. Gaduh bukan sebab apa, yg pakwe ni nak stay lagi seminggu. yang kawan ni suruh gerak pegi tempat lain sebab dah SEBULAN duk Luang Prabang. Aku tak dengar part ni, Ipah yang dengar (biasa la aku bab gosip orang ni aku boleh pekakkan telinga sebenarnya aku memang pekak haha), dan di kesempatan tu Ipah sempat tanya mana Mount Phousi. Orang tu pun heran dgn soalan kami, sebabnya Mount Phousi tu betul-betul belakang kami. Haha. tapi tak nampak mana entrance dia hmm

Lepas duk pusing-pusing area tu nak cari entrance, last last jumpa jugak. Jalannya memang kecik, tapi possible je untuk nampak. Maybe sebab dah Maghrib jadi hijab kami terhalang? errr. so kami pun mula la memanjat tangganya. ingatkan kacang je kan? pehhh. tangga dia curam gak, lepas tu tinggi. ingat boleh naik camtu je, rupanya ada jugak sesi hiking ni pffft... dah la masa naik tu dah gelap gelita, kami duk bersuluh guna fon je. totally not prepared masa ni.



dah sampai atas, syukur ada jugak locals yg sama sama naik so takde la cuak kami berdua je. masa naik, nampak dah takde orang jaga kat kaunter so maknanya naik FREE yay! sempat jugak kami mengintai sami sami bersembahyang (sempat kami bergosip. sami sami ni sembahyang sebab tu tak sempat nak nyalakan api/lilin sepanjang jalan). orang cakap memang cantik nak tengok sunrise/ sunset dari atas ni. aku tak nafikan, kat atas tu memang boleh nampak satu kampung Luang Prabang. so I bet memang cantik la kalau nak tengok sunrise/sunset. tapi takpe.. asal kami dah naik pun kira ok la kannnn huhu.



tak lama pun kami kat atas tu. lepas tu kami pun turun. berkayuh balik ke Nisha Restaurant untuk dinner dan tapau sikit untuk besok. lepas makan, kami hantar basikal kami ke kedai yang kami sewa siang tadi. dalam jam 8-9 kot camtu.


(8) dari tempat kami sewa basikal tu, kami menapak ke Night Market. fuhh.. night market ni adalah yg terbaik aku penah jumpa setakat ni  (ok mungkin aku belum pernah pegi Chatuchak Market but watevvvv). Aku bukan la kaki shopping, sangat bekira bila nak belanja duit ni. tapi aku suka bila dapat ber haggle dgn peniaga peniaga ni. sambil sambil asah skill bersembang dengan local, asah bahasa local yang dapat ditangkap sikit sikit dan menggunakan skill haggle yang aku belajar masa pegi China dulu. haha sape nak tau meh berjalan dengan aku. hehe. tapi aku boleh guna skill tu kalau orang suruh aku tawarkan bagi pihak je. kalau aku beli untuk diri sendiri, memang kadang takde tawar pun. haha entah kenapa, perangai simpati dan mudah kena tipu tu mungkin menebal sikit (ikut bapak haha)


Selesai shopping, kami pun balik bilik. Packing, besok kami akan ke tempat lain pulak. Naik slow boat ke Pak Beng!



No comments:

Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...