Giving Alm Procession in Luang Prabang


Tarikh: 8 Oktober 2014

Malam kelmarin sebelum tidur, aku dah 'brief' Ipah apa yang kitorang akan buat utk harini. Mulanya kena bangun awal jam 5, sebab nak tengok Monk's Giving Alm Procession. Info ni aku dapat dari blog Zilla. Kalau nak apa-apa info pasal Southeast Asia molek sangat la nak refer ke blog dia sebab agak lengkap, since dia duk repeat tempat yg sama beberapa kali dan kebanyakannya off the beaten track.

Anyway before tu kenapa kami pilih Luang Prabang? salah satu sebab, Luang Prabang adalah en route dari Vietnam nak ke Thailand. Kalau dari Sa Pa nak ke Vang Vieng contohnya, mak ai lagi seksa transport kau. Dan sebab lain kami pilih Luang Prabang sebab tempatnya yang well-known cantik. Luang Prabang ni kalau nak tau, dia dah dianugerahkan sebagai World Heritage oleh UNESCO. Sebabnya? Ni yang aku petik dari website UNESCO:-


Luang Prabang is an outstanding example of the fusion of traditional architecture and Lao urban structures with those built by the European colonial authorities in the 19th and 20th centuries. Its unique, remarkably well-preserved townscape illustrates a key stage in the blending of these two distinct cultural traditions. Luang Prabang Province lies in the heart of the mountainous region of northern Laos. The town of Luang Praoang is situated on a peninsula formed by the Mekong River and its tributaries, the Nam Knane and the Kual Hop, in a Clay basin surrounded by the limestone hills that dominate the landscape.

True enough, bangunan-bangunan kat Luang Prabang memang cantik. Ala macam Melaka tapi versi Perancis. Kot? hehe.

Ok kita balik pada hari 8 Oktober 2014. Kami bangun awal untuk Subuh, kemudian bersiap ala kadar dan keluar bilik. Aku ajaib body clock aku time travel, Tepattt aje. Cuba time tak travel tehehee. Time kami keluar guest house, budak yg jaga kaunter tu tengah tidur lagi. Kami main menapak je keluar ke jalan besar, taktau sebenarnya procession ni diadakan di mana. Sempat jugak kami menyinggah mengintai pasar pagi/basah yang dah dibuka.


Bila dah di jalan besar, haa barulaa ternampak farangs lain yang sama-sama menunggu. tak salahlah maknanya kami ni. So bermula la sesi tunggu menunggu, ubah tempat dari point A ke point B kononnya nak dapatkan the best shot lah. Ada pantang larang sebenarnya bila follow sami-sami ni. Orang perempuan takleh dekat (berlaga bahu?) dengan sami, time ambik gambar takleh ada flash. normal pantang larang bagi aku.



Hampir sejam jugak kami menunggu, tapi tak terasa boring sebab orang ramai. Jadi puas la jugak kami bergambar sambil tengok ragam orang. Sampai satu masa, tiba-tiba nampak orang dah mula kelamkabut duduk beratur sepanjang jalan sambil menyiapkan offerings mereka. Tak lama lepas tu kelibat sami-sami dah mula nampak.



Pada aku, bila pertama kali aku nampak kelibat sami-sami tu, ada satu perasaan lain macam timbul. Rasa ajaib aku berada kat sini untuk menyaksikan upacara macam ni. I couldn't imagine myself to be doing this thing, tapi ianya a good exposure bila dapat belajar tentang adat dan adap di tempat orang.




Jadi bermulalah upacaranya. Bukan upacara apa pun. Siapa yang berminat nak bagi offerings, dia akan letak di dalam satu bekas besi yang dipegang oleh sami tersebut. Kebiasaanya makanan lah yang diberikan. Nasi sejemput, ada lauk-lauk. Ada jugak bagi bunga kalau tak silap aku. Kalau ada makanan kering, sami tersebut akan masukkan ke dalam beg selimpang warna oren yang mereka pakai. Sekiranya beg tu dah penuh, sami tu akan bagi makanan tu pada kanak-kanak. Ahaa.. padan laa aku nampak orang tua-tua duduk beratur nak bagi offerings, yang budak-budak ni siap ngangkut bakul kosong. Rupanya nak ambik makanan dari sami tu ye.. tapi the kids memang respek sami sami tu. Diorang tak follow dengan dekat, follow dari jauh tapi mata masing-masing alert. Nampak je beg sami tu penuh, diorang akan mendekat.

Sami sami ni pulak bukanlah semuanya tua-tua. Yang tua di depan, yang muda di belakang, Muda tu memang la muda sangat pun ada, budak-budak je weh..

Selesai upacara dekat tempat yang kami tunggu tu, ingatkan dah habis dah for the day. Rupanya ada lagi, group sami-sami kat jalan lain pulak. Kiranya jalan raya pagi tu memang takde langsung kenderaan, jadi sebenarnya banyak je yang beratur di setiap tepi jalan yang ada, dan sami-sami ni akan datang pada mereka.


kemas-kemas dah habis procession


taxi


depan hotel. cantik kan bangunannya

Balik bilik, layan mata jap sejam dua (kecuali Ipah, sibuk nau dia dengan keje opis.) Lepas tu baru la breakfast dan pusing pekan Luang Prabang.

Jadi, sambung lagi ye..


No comments:

Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...