TOoooookYo~

OK currently aku tengah rindu petala langit ke tujuh kat Jepun. So walaupun cerita penuh dah diceritakan di sini tapi sebab nak melepaskan rindu, aku akan share gak beberapa cerita yg aku nak cerita. Macam biasa, cerita aku memang suka lompat-lompat. Sape yang follow cerita aku, bawakkan bersabar la ye.. hehe. dan bertabah laa post ni penuh gambar je. klik gambar untuk tumbesaran.


24 Jan 2014

Selamat touch down di Haneda Airport. Muka happy kemain!



25 Jan 2015

(1) Happy faces menapak ke train station. sampai kat Kuramae station, first step kami beli passmo. for 1000 yen rasanya. sambil baca map mana nak turun. actually tak confusing pun map dia so long pandai baca. dan paling penting kena dapatkan physical map of all the trains railways, dan kena jugak download hyperdia. melalui hyperdia ni, dia akan suggest kita mana route nak ambik.



(2) Kami ke Meiji Shrine

kemain berselfie ha.. haha. dan nampak tak air kolah tu? ni macam air suci dorang la. kena bersuci dulu kat sini before nak sembahyang.


sempat jumpa pengantin-pengantin baru


(3) Takeshita Dori. betul-betul berdepan dengan Harajuku station.
Plan asalnya nak tengok cosplay, Sebelum pegi aku tak sempat google in details, tapi katanya dekat bridge. bridge mana pun taktau laa wuwu. sudahnya kami jalan terus je dari mula sampai ke hujung jalan.  hujung jalan tu ada kedai kebab halal. sempat gak kami makan crepe kat situ. memang terbaik. when in Harajuku, try the crepes!

       


 (4) Shibuya crossing



(5) Masjid Camii at Yoyogi Uehara. masa ni dah lapar dan mak dah sakit-sakit kaki. so terus ke masjid la kita. 

 
menyorok kat mana-mana tah. sebab anak beranak ni nak makan. haha. bekal memang bawak sesiap dari hotel.

jumpa minah ni pakai kimono. mak aku curi-curi amek gambar tapi aku dgn muka tak malu je "sumimasen. can we take picture with you?" dia blur dan terus setuju, tapi asal muka dia macam tak happy?? 



26 Jan 2015

Disneysea!!! 

Awal awal orang dah berpesan, pakai baju tebal sebab tempat ni tepi laut jadi breezing dia lebih sikit. tapi mula-mula tu aku rimas, so aku bukak coat, pakai baju & long john je. tapi lepas je sampai terus menggigil-gigil brrrr! tula mula tu belagak kan wuwu. ok nampak tak train dia tu? train mickey mouse! hehe
                                                                                                                 me & my genie!





aku semangat nak beli popcorn, sebab nak bekas mickey mouse tu! padahal aku bukannya jenis makan popcorn, member-member yg biasa tengok wayang dgn aku mesti tau. dah tu beli popcorn, dapat pulak popcorn kari! kari ok kari. sebelum beli tu, ktorang dah bising bising dah. sape pulak bukak kedai mamak kat sini ni, ada bau kari. rupanya! popcorn kari. okayyyy. rasa boleh la tahan. tapi twisties lagi sedap. dah la popcorn dia lemau. tapi boleh la nak buat ngonyel ngonyel time boring beratur. FYI dalam map memang dah tulis dah popcorn perisa apa, ada tulis kat mana. eh bukan takat popcorn je, nak beli air mineral pun kena tengok map, sebab bukan semua tempat jual air mineral. 




makan kat park yang kami jumpa. macam biasa, bawak bekal lagi. jimat satu hal, tak kecoh nak cari makan halal pun satu hal. lapar je terus bukak bekal hewhew. anddd cantik takk Disney Sea bila dekat senja? ^^


27 Jan 2015

(1) Tsukiji Fish Market.
Kat sini misi kami cari bahan basah nak masak dan nak cari sushi. macam aku cakap, kami tak heboh nak makan makanan local sebab nak jimat. tapi bila orang kampung bising tanya tak pegi merasa makan sushi ke? so ok la.. kami pun cari la mana kedai yg ada sushi. mulanya nak sampai ke fish market ni pun payah jugak sebab ikut map, turun je station terus sampai. tapi bila kitorang keluar, takde lak marketnya. jadi di sini my friends, download lah google translate app dan banyak gunanya. aku taip je fish market, then ada translation, then bila nampak ada local yang ok aku terus tunjuk fon. Tsukiji fish market ni jugak sebenarnya terkenal dengan Tuna Auction. biasanya bermula jam 4 pagi kot, dan orang yang nak masuk tengok sangat limited (dalam 200 orang mungkin). tapi since kami takdela semangat sangat nak tengok auction tu, jadi kami keluar dalam jam 8 pagi camtu. 

ok then dah sampai market. jalan-jalan, nampak kedai makanan berderet. tinggal nak pilih je. bila tiba kat satu kedai ni, puas la kami duk translate tu ni, nak confirm kan takde alkohol atau wine dalam makanan (boleh request untuk tanak makanan yang dah dicampurkan wine). so tadaaa!~ kami makan donburi namanya. atas tu fresh seafood, bawah tu nasi. sedap hokayy walaupun nampak nasi macam kosong je. tapi lepas makan ni mak & kaklang sakit perut. tak tahan makan raw food la tu..



lepas makan kami cari barang basah, salmon murahhh (dah lupa harga) pastu freshh ya Allah sedap sgt (balik hotel mak terus goreng. ada mak korang goreng salmon? hehehe) pastu nak cari cili api. melayu weh, nak gak pedas. tapi yg ada cili padi yg besar-besar size nya, makan capsicum pun ada rasanya. bayang bawang pulak memang takdee. lepas tu konsep dia beli kat sini macam kena beli borong. takleh beli satu dua. kena beli dalam kesemua 1 mangkuk yg dia dah sediakan. takleh nak nego langsung nak beli segenggam je ke or nak beli ikut kg ke apa.




(2) Shinjuku & Shin Okubo 

Tiap kali kami nak ke train station, kami akan lalu jambatan ni. dari kejauhan boleh nampak Tokyo Skytree. 

Kami ke Shinjuku, nak beli JR Kanto Pass. kami pilih pass ni sebab nak merasa naik shinkansen dan boleh pegi Kawaguchiko jugak untuk tengok Mount Fuji. lepas beli pass, kami ke Shin Okuba untuk lunch. Sebelah Nasco Food Court, ada kedai Pakistan yg jual barang masak halal. naik kat tangga atas sekali, ada kedai makan halal masakan indonesia. Nasco tu punya kebab pun halal. tapi makanan indian tu aku tak pasti halal ke tak. atas kedai Nasco ada musolla untuk solat.



 (3) Tokyo Metropolitan Government Building


kami dalam bas. ada shuttle bas berbayar rupanya dari Shinjuku station ke Tokyo Metropolitan Gov Building.











(4) Odaiba - the Decks

Masa ni mak aku dah penat dah, kaki dah sakit. tapi aku dengan kakak macam biasa la budak hyper tak reti tido malam, lagi malam lagi nak berjalan haha. so kitorang seret jugak mak ke sini. tapi the view was worth it apa! cantiknyaa Odaiba. sayangnya tak sempat nak cari Okonomiyaki dan Gundam. dalam gambar, muka mak tahan sabar.. hehehehe







28 Jan 2015

(1) Kawaguchiko

Dari Kuramae, kami kena ke Shinjuku station. dan Shinjuku station kat Japan Rail tu jauh dari line yang kami akan turun. me being me, semua benda nak menonog je dan panik tak pasal-pasal (teringat time nak balik KL dari Incheon airport, tak pasal-pasal semua pun berlari sama dan mood spoilt sebab aku punya panik). So sampai je Shinjuku station, kami berjalan laaa tah ke mana hala. jauhhh... then patah balik. tanya situ sini, rupanya platform yg kami nak naik tu dekat je pffttt. anyway so kami pun naik dari Shinjuku sampai la ke Otsuki. dari Otsuki kami tukar tren pulak ke Kawaguchi.


 makannnn. hehe siap bawak bekal nasi lemak lagi. time sejuk ni memang keje laparrr jela. dekat sini cuaca sejukk ya amat. membeku. nak ambik wuduk nak solat pun menggigil teruk. kami solat kat ada 1 dewan terbuka yg kosong. nyorok sket balik pokok, dan solat la.

(2) Tokyo Station & Akihabara
  
Cantik kan old building macam ni. Lepas bergambar sikit, kami ke Akihabara. nak tengok tengok je apa ada. Masa ni mak aku dah bosan dah haha sebab dah penattt. Takde gambar kat Akihabara.

29 Jan 2015

(1) Karuizawa

Kenapa ke sini? Apa yang ada kat sini? hehehe sebab nak naik shinkansen sajaaaa. hehe. then dari sini kononnya kami plan nak berski. tapi last-last tak jadi sebab mahal. so kami pusing-pusing the area dan bergambar kat snow je. snowwwwww~~~ mak soh golek-golek kat snow yg ada lepas tu ajak balik. haha. Kat sini jugak ada tempat shopping. prices ok range, takde la semuanya high end brands. sempat mak dgn kaklang bershopping.


 cubaan kami ambik gambar hembusan napas hahaha!! eksaited weii cakap keluar asap, tapi tak dapat lak nak ambik gambar. hehe. time ni memang seronok duk tempat ada winter. pipi bibir semua merah-merah. balik mesia legammm sebab berjemur tak sudah. hehe

(2) Masjid As-Salaam di Okachimachi, then ke Sensoji Shrine.


30 Jan 2015

Cadangan asal nak ke Yokohama. tapi tetiba snow-showering so tak jadi (taktau apa kaitannya dah tak ingat. it was an impulse decision) so kami pusing sana sini, patah balik sana sini sebab taktau nak ke mana. dah sampai satu tempat tapi snow lagi, so malas nak basah-basah. sudahnya kami patah balik ke Asakusa. di Asakusa kononnya nak cari masjid tapi direction teruk, sudahnya terpaksa menapak 30 minit balik ke stesen Asakusa TT__TT


Malam tu aku keluar berdua dgn kaklang. Kami ke Tokyo Skytree




 31 Jan 2015

Harini balik Mesia. Flight malam tapi kami malas nak kelamkabut so elok check out je, kami pusing pekan kejap then terus ke airport Haneda.



 airport Haneda.


Sekian! Sayonara!~


2 comments:

AjlaA said...

Kata nak cte langkah2. Tp pendek padat dan sarat jugak ni hihi. Kira tim xde beli JRail pass harga riban tuh ek

timahtulis said...

Langkah2 apakah itu. Ngee. Aah x beli pun JR Pass tu cuma bli JR Kanto Pass. Rugi klu beli JR Pass sbb saya x pusing sume tempat kat jepun tu, just kat tokyo je. Huhu

Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...