Banda Aceh: Hari Kedua

Hari Kedua: 10 Mei 2015 (Ahad)

Pagi ni kami breakfast di hotel. Menu biasa-biasa je. Bersyukurlah dengan apa yang ada.

Lepas breakfast, kami terus ke Taman Putroe Pahang & Gunongan. Ni hasil google dari blog ni:-

Taman Putroe Phang dibangun oleh Sultan Iskandar Muda (1607-1636) pada abad ke-16. Menurut riwayat, taman ini merupakan ungkapan rasa cinta sang Sultan pada istrinya yang berasal dari Kerajaan Pahang, Malaysia. 
Putroe Phang (bahasa Aceh) sendiri jika diartikan ke dalam bahasa Indonesia berarti “Putri Pahang”. Konon, Putroe Phang sering merasa sedih dan gundah karena rindu pada kampung halamannya di Pahang. Oleh karena itu, untuk menghibur sang Permaisuri, Sultan Iskandar Muda mempersembahkan taman ini agar Putroe Phang dapat bermain dengan dayang-dayang dan melupakan kegundahannya.

Gunongan berarti “gunung kecil” dan merupakan miniatur perbukitan yang mengelilingi kerajaan Putroe Phang di Pahang. Sengaja dibangun sedemikian rupa agar Putroe Phang tidak selalu bersedih karena teringat Kerajaan Pahang. Jadi, seolah-olah Putroe Phang sedang berada di negerinya sendiri, begitu. Gunongan berbentuk persegi enam seperti bunga dan puncaknya dibentuk seperti mahkota. 


di atas kubah Gunongan

Gunongan

waris Putri Pahang di taman

Sebenarnya aku (aku la, tak sure yg lain) tak berapa gemar ke muzium. Kata guide aku kat Bali dulu, aku ni narcissist sebab tak suka ke muzium. boleh? hahah. Entah, tak berapa tekun sangat nak perati sejarah. Suka tu suka, tapi takde la beriya. So konklusi nya boleh kata part pegi muzium ni buat aku mengantuk la (who's with me??)

Anyway pasal Taman Putroe Pahang & Gunongan ni, rasanya macam kami cuma pegi Gunongan je. Nak pusing2 taman tu besar dan panas so masing2 cepat je nak naik kereta balik.

Next, kami ke Rumah Aceh.

belum masuk dalam Rumah lagi, masing-masing
kemain begambar bawah rumah leul

dalam rumah

dalam rumah

Dekat sini, mula-mula kami ke Rumah Aceh ni melihat bagaimana adat dan tradisi orang Aceh seperti bilik-bilik, pakaian, perkakas dan peralatan yang digunakan. Selepas dari Rumah Aceh, kami ke Muzium yang terletak bersebelahan dengan Rumah Aceh ni. Bagus dan lengkap jugak muziumnya, tertarik la jugak nak meneliti asal-usul Aceh.

Untuk masuk ke Rumah Aceh dan muzium, kami dikenakan bayaran (tak ingat berapa, murah je) dan cuma sekali ni je yg ada entrance fee. tempat lain kami pegi semuanya takde entrance fee, cuma ikut hati nak sedekahkan berapa.


Next, kami ke Masjid Baiturrahman. Masjid ni adalah mercu tanda Banda Aceh. Planning law dekat sini ialah rumah-rumah takleh lebih tinggi daripada ketinggian masjid ni. Kami sempat solat jama' di sini.

masjid Baiturrahman. 
Sangat gah. tengok la kubah dia.

Cuaca masa ni sangat terik tapi hujan rintik-rintik. Masjid ni adalah tumpuan tarikan tak kira pelancong ataupun penduduk. Ramai sangat orang kat sini. Di tepi-tepi masjid ni ada padang, ramai yang duduk berpiknik kat atas rumput. Aku perasan dekat Bandung pun rata-rata suka melepak dekat padang di masjid. 

Masa ni aku dengan Ann (Ipah terjebak sama) sibuk cari belon. Sebenarnya besday Katy bertarikh 8 Mei, dan aku & Ann plan nak cari belon dekat KLIA2. kira nak buli Katy bawak belon dia naik flight sampai ke Aceh muehehe. Nasib baik tak jumpa, kalau tak emo kot kakak kita tu kahkah. So nak dijadikan cerita, kat masjid ni ada pulak orang jual belon. Masjid ada jual belon. Masuk akal tak? haha. Yela sebab masjid ni centre of attraction kan so sebenarnya macam-macam benda orang meniaga kat sini tapi kat tepi-tepi masjid la.

Masa kami tengah pilih-pilih belon, Ann ditegur sorang penduduk pasal baju atau seluar, tak pasti. Masa mamat tu tegur Ann pasal pakaian, Syah dan penjual belon back up la Ann - bagitau yang Ann bukan orang lokal blabla. taktau apa cerita sebab lepastu aku dengan Ann terus blah/ lari. Memang panas la jugak hati masa tu, tapi hati orang yg kena tu lebih panasss hehehe


Katy dengan 4 biji belon. 1 belon putih tak berapa nampak.
Aku pesan kat dia, belon ni kena jaga sampai balik mesia hewhew

Lepas daripada masjid, kami pegi cari makan. disebabkan kami dah berpesan pada Syah untuk bawak je kami makan di kedai-kedai biasa, Syah bawa kami makan di kedai ayam tangkap ke ayam lepas ke aku pun lupa. menu simple je, tapi memang mengancam. siap berpeluh-peluh kami makan. hehe.

Perut pun dah kenyang, so kami ke destinasi seterusnya. Kami ke Rumah Cut Nyak Dhien. Cut ni adalah gelaran yang diberikan kepada pahlawan-pahlawan Aceh. Cut Nyak bererti pahlawan perempuan (eh betulkan fakta kalau aku salah). Takde apa pun kat rumah ni tapi belajar sejarah sedikit sebanyak pasal nak merdekakan Aceh ni.

Kami di bilik tidur

depan Rumah Cut Nyak Dhien

Selesai kami di Rumah Cut Nyak Dhien, kami dibawa ke Geureute Park. Perjalanan dia jauh sangat, bangun tidur bangun tidur tak sampai-sampai jugak. Pulak tu laluannya berbukit bukau. ada masa-masa kami dapat lihat pemandangan yang cantik.

Sampainya kami di Geureute Park, masing-masing speechless. taktau apa yang nak ditengok dekat sini. Kata Syah, sini tempat orang melepak la kiranya. tempat ni sebenarnya kira area pantai, dan ada seluas taman. tapi takde apa, kosong. kot ada orang meniaga ke sedap jugak nak layan pantai sambil makan-makan kan. 

        di pantai Geureute

Laut kat sini kuat sangat-sangat. memang menakutkan. tapi kat sini la kata Syah, disebabkan tempatnya berbukit bukau, jadi penduduk dapat nampak yang ombak tinggi waktu tsunami dulu dan masing-masing sempat menyelamatkan diri.




Layan dulu sejam dekat pantai, main acah-acah kejar ombak leul.

Lepas tu Syah bawa kami naik ke atas lagi. Kami berhenti di tepi jalan di kawasan bukit (macam kedai-kedai dekat bukit nak ke Cameron Highland tu) dan singgah di satu kedai makan. Tujuan kami ke sini sebab nak tengok keseluruhan Aceh dan pantai tadi, sambil-sambil melayan Indo Mie dan air kelapa. Sempat jugak kami melayan sunset yang acah-acah menyorok di balik awan.







Kami pulang ke bandar selepas waktu magrib. nak ceritanya yang waktu tu malam dan jalan gelap gelita. bayangkan kat bukit bukau dan takde cahaya lampu, tak ke scary. sempat jugak ada adegan potong memotong eyyy scary aku.

Ingatkan dah malam terus nak balik? tidak! masing-masing mintak Syah behenti di kedai jual kerepek. haa memborong la masing-masing masa tu. tah ape yang beriya sangat masing-masing membeli kan, sorang ambik sepuluh kerepek. haaa.. lepas tu singgah Dhapu Khupi, borong lagi kopi. Sampai si Syah pun pening kepala, nak buat apa banyak-banyak, katanya. hahah. tula pompuan shoping cenggitu le diknon.

mulut-mulut penuh makan kerepek free

Malam tu kami dinner di Wong Solo. Fuhh ayam penyet kat sini memang bikin meleleh air liur beb! Terbaik!

ayam penyet!

Balik hotel, masing-masing kena packing. Besok kami akan ke Pulau Sabang. Syah ada pesan, mana yang tak perlu, tinggalkan la barang atau beg dekat rumah dia. Memang kena percayakan Syah jela gamaknya kalau nak tinggalkan barang dekat dia masa tu.

Malam pun berlalu, jadi besok punya cerita di Pulau Sabang, nanti saya sambung ya!

No comments:

Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...