Bali dan Transjava: Mendaki Ijen

Maafkan aku sebab ambik masa yang terlalu lama nak siapkan travelog ni. Taktau kenapa, susah sangat nak relive the memories. Haih.

***
8.2.2015/ Ahad

Jam 3 aku dah bangun. Pagi tu sejuk sampai ke pangkal tulang, menggigil menggeletuk aku masa tu. Keluar je bilik, aku tengok ada orang tidur di kaki lima depan bilik aku dan bilik sebelah. Penuh jadinya berbanding malam semalam.

Oh ye, malam semalam before jam 12, area sini meriah jadinya. Rupanya bila malam minggu, lagi ramai org dtg sini berbanding siang tadi. Dan yang datang masing2 buat konsert. Depan bilik aku (yg melepak kat parking motor) buat konsert bergendang. Belakang bilik aku (tempat camping) ada konsert bergitar. Nasib baik tak annoying, sebab suara masing2 sedap hahah. Bukan apa, bila sorang2 kat hutan ni, aku rasa seriau pulak sensorang. Elok la ada orang bising kan. Hewhew.
Since awal pagi buta camni, memang la aku takdenye nak mandi kan. Cuma nak membersihkan diri sekadarnya. Tapi q panjang ya amat. Berdiri plak tengah sejuk dgn anginnya. Dari mula2 tak rasa nak terkucil, sampai rasa nak terkucil, sampai dah terkinja2 menahan kucil sebab lambat nau nak sampai turn.

Anyway lepas selesai urusan jamban, aku pun bersiap. Tak lama lepas tu bilik aku pun diketuk. Terkejut jugak mula-mula, rupanya guide aku dah sampai. Agak tergesa-gesa jugak aku keluar, sebab tak selesa nak buat orang tunggu lama-lama.

Mula-mula sekali guide aku bawak aku ke pondok renjer. Kena bayar entrance fee. Aku kena harga foreigner plus hari minggu, mahal la jugak (tak ingat berapa harga). Then guide bawak aku jalan potong (kononnya) ikut padang yang berada kat belakang bilik aku. Masa ni aku nampak banyak orang pacak khemah.

Dekat je perjalanan dari bilik aku untuk ke entrance. Ramai yang menunggu kat depan entrance tu. Tunggu apa pun aku taktau la. Guide aku, nama dia Selamat, tunjukkan tiket aku kat penjaga entrance dan nah! bermulalah pendakianku seawal jam 4 pagi. mula-mula je dah curam dah mendakinya. tercungap aku yang tak fit ni. banyak kali jugak aku ajak si Selamat stop. Dan 2-3 kali aku muntah. Mungkin sebab tak prepare fitness, perut kosong, dan tak cukup tidur. Memang dah tak malu dah nak termuntah-muntah tu sebab memang dah tak tahan. Nasib baik ada beli sosej segera dekat Alpha Maret, so aku makan bendalah tu sebagai alas perut. Baju yang mula-mula aku pakai 3 lapis, aku bukak 1. Towel yg aku buat muffler pun, simpan dlm beg. Barang2 berat2 dalam beg, Selamat pindah masukkan dalam beg dia.

Lama jugak perjalanan nak naik tu sebab aku beberapa kali behenti. Letih sangat sebab jalan curam, batu-batu halus berkerikil dan tak grip. Tambah pulak dengan udara yang sejuk, memang terasa susahnya nak bernafas. Masa ni aku duk terbayang Gunung Angsi. Dongak je, ternampak jalan curam yang tak habis2. Menangis teruk weh TT____TT (nangis dalam hati jela tapi)

Bila akhirnya dah sampai di kawasan agak landai, Selamat pun dengan happy nya inform aku dan aku pun melonjak gembira. Memang tersengih je sebab dah nampak view cantik sikit. Masa ni matahari dah naik, tapi kabus masih tebal. Aku bagitau pada Selamat yang aku nak solat Subuh. So kami terus ke satu-satunya pit stop dekat situ, ada rumah kedai. kedainya belum bukak, tapi Selamat mintak izin daripada tuan rumah untuk solat Subuh. Selesai solat, kami meneruskan perjalanan sampai ke Kawah Ijen. 



Perjalanan dah mula senang, tapi udara menyesakkan nafas. Disebabkan aku takde mask, aku gunakan towel/muffler aku tadi sebagai mask. Jadi la daripada takde. Bila dah sampai di Kawah, rasa lega tu memang tak tercakap. No wonder kaki gunung akan rindu nak mendaki, even though seksa kat bawah tu nangis takyah cakap. Aku melepak kejap kat atas tu sementara tunggu kabus reda sikit. Nasib baik waktu aku sampai, kabus belum cukup tebal jadi boleh nampak kawah. Tapi makin lama tunggu, makin tebal kabusnya. Selamat tanya aku samada aku nak turun ke bawah (ada tangga turun) untuk tengok Kawah Ijen dengan dekat. Aku cakap taknak. Sedangkan duduk kat atas ni pun aku dah terbatuk-batuk (aku ada mild asthma. kot. lebih kuranglah)




Bila dah lama sangat rasanya dan kabus pun makin menebal, aku pun ajak Selamat turun. Tapi before tu sempat nampak beberapa orang yang macam kenal. Bukan kenal apa, nampak macam orang Malaysia. hehe eksaited la jugak. So aku pun panggil dorang dan sembang-sembang kosong. Lepas tu aku turun tanpa dorang. Selamat ada bagi aku 1 mask macam mask rider punya mask tu, dia suruh aku pakai. mula-mula aku tolak, sebab pelik gila. tapi last-last aku pakai gak sebab batuk dah makin menjadi-jadi. Haha kelakar. There were times when you're alone and at an unfamiliar place, you'd do things you'd never do when you're normally sane.


Masa perjalanan turun, aku sempat berbincang dengan Selamat. Macamana aku nak ke Bromo pulak. Ni option yang ada masa tu:-

1) Naik motor Selamat untuk ke Sempol. Di Sempol cari ojek lain untuk ke Karengasem. Atau Selamat boleh bawak terus ke Karengasem. Di Karengasem, ada stesen keretapi. Boleh naik dan turun di stesen Probolinggo kalau tak salah.

2) Cari sape-sape yang nak ke Bromo, tumpang terus,

Selamat setuju untuk tolong carikan supir atau mana-mana kenderaan yang boleh aku tumpang untuk ke Bromo. Masa kami tiba di pit stop, Selamat sempat sambar kawan2 dia yang boleh tolong aku dan akhirnya berjaya --- cuma ada bayaran yg mahal sikit. Ok lah takpe aku terima.

Kalau naik ambik masa 3 jam, kami turun ambik masa 2 jam. Cepat je turun, tapi kena pandai balance kaki la sbb batu-batu licin. Aku memang jatuh terjelepuk sekali wuwuw. Lepastu aku tarik belakang baju Selamat sambil jalan sampai ke bawah. Sampai je bawah, kami terus ke bilik aku (ye terus ke bilik aku, Selamat tunggu kat depan pintu) sambil aku kelamkabut packing barang. Selesai tu, kunci aku serahkan pada Selamat dan dia akan serahkan pada renjer, dan dia tunjukkan arah aku ke mobil yang aku akan naik. Before naik, aku bayar rp500,000 pada Selamat. Katanya untuk bayaran supir. Aku setuju je.

Maka bermulalah perjalanan aku ke Bromo pulak. yeah sambung lagi >_<


** Sedikit info tentang Kawah Ijen. Di Kawah Ijen ni sebenarnya boleh tengok Blue Fire. Tapi masa aku pegi, tak kena. Dengan hujannya tak berhenti, syukur time aku hike Ijen & Bromo, memang tak hujan.

Ini aku sedut daripada sumber ni.

Gunung Ijen sendiri berada di kawasan Wisata Kawah Ijen dan Cagar Alam Taman Wisata Ijen di Kecamatan Licin Kabupaten Banyuwangi dan Kecamatan Klobang Kabupaten Bondowoso. Gunung ini berada 2.368 meter di atas permukaan laut dimana puncaknya merupakan rentetan gunung api di Jawa Timur seperti Bromo, Semeru dan Merapi. Kawah Ijen merupakan tempat penambangan belerang terbesar di Jawa Timur yang masih menggunakan cara tradisional. Ijen memiliki sumber sublimat belerang yang seakan tidak pernah habis  dimanfaatkan untuk berbagai keperluan industri kimia dan penjernih gula. 
Kawah Ijen merupakan salah satu kawah paling asam terbesar di dunia dengan dinding kaldera setinggi 300-500 meter dan luas kawahnya mencapai 5.466 hektar. Kawah di tengah kaldera tersebut merupakan yang terluas di Pulau Jawa dengan ukuran 20 km. Ukuran kawahnya sendiri sekitar 960 meter x 600 meter. Kawah tersebut terletak di kedalaman lebih dari 300 meter di bawah dinding kaldera.
Pemandangan Kawah Ijen begitu menakjubkan ketika disinari Matahari pagi dengan memancarkan kemilau hijau toska. Sinaran yang juga menerpa dari balik Gunung Merapi, saudara kembar Gunung Ijen jangan sampai Anda lewatkan untuk diabadikan oleh kamera. Air kawahnya tenang berwarna hijau kebiruan namun Anda tidak diperkenankan menuruninya karena air kawah bervolume sekira 200 juta meter kubik itu panasnya mencapai 200 derajat celcius. Derajat keasaman kawah tersebut sangat tinggi mendekati nol sehingga bisa melarutkan pakaian bahkan tubuh manusia dengan cepat.
Dini hari pukul 01.00, saat Matahari belum membiaskan pijarnya menguak keindahan danau kawah ini ada keajaiban lain yang dihadirkan Ijen. Di bawah kawahnya berpijar api biru (blue fire) dari cairan belerang yang mengalir tanpa henti untuk dikeringkan oleh angin kemudian menjadi batu dan dicacah para penambang. Bongkahan belerang tersebut kemudian ditempatkan pada dua keranjang kayu dan dipakul menuruni gunung sejauh 3 km. Bukan beban yang ringan sebab berat keranjang pikul tersebut bisa mencapai 100 kg.

6 comments:

AjlaA said...

rindu Ijen. walaupun mengah nak sampai, tapi view die. subhanallah. somehow org suka ijen lg banding bromo heheh

Anonymous said...

salam kak,nak tanya akak dr kl turun mana?bawak berapa rm?nak kluar dr indon still 50rggt kan?

timahtulis said...

Teringin nak pegi lagi nak tgk blue fire. Ajlaa nnt try tido kat paltuding hee

timahtulis said...

Wslm. Turun dari KL kat bali. Cer refer post sebelum ni :) nak kuar dari indon dah kena byr siap2 dlm flight tix skang ni (air asia). Sebenarnya depends pada tempat. Kalau jakarta maybe 150k rp, kalau tempat lain maybe 200k rp.

timahtulis said...

Bawak 4 juta rp

Unknown said...

Nice story....

Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...